Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan. Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang.
Tujuan Perhimpunan Suara Rakyat 8 Mei 2013
Perhimpunan ini dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menolak sebarang penipuan dalam PRU13. Tujuan utama beliau adalah menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13. Perjalanan pilihanraya kali ini telah “dicuri” daripada rakyat melalui proses penipuan.
Langkah pertama Anwar, menganjurkan perhimpunan 8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya untuk tujuan tersebut. Anwar akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil-BERSIH untuk memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan.
~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..