Ramai yang rebah pengsan bila Presiden Perkasa, Ibrahim Ali umumkan perletakan jawatannya dengan serta merta. Mereka memujuk, merayu dan menangis hiba agar beliau memikirkan semula tindakannya itu. Tak sanggup rakyat Malaysia mendengarnya.
Perletakan jawatan Brahim Perkasa di tolak mentah-mentah oleh Pertubuhan Perkauman itu. Demikian diumumkan hari ini di dalam malaysia kini.
Kalau Brahim Ali tiada, siapa lagi yang akan pertahankan Melayu, Islam dan Raja. Hassan Jati diberitakan tak cukup power untuk kerja berat sebegitu.
PERKASA tolak peletakan jawatan Ibrahim Ali
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk Ibrahim Ali sebagai presiden pertubuhan itu.
Sebaliknya, Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PERKASA bersetuju melanjutkan tempoh cuti beliau sehingga Persidangan Agung Tahunannya sebelum Disember ini.
Timbalan Presidennya Datuk Abd Rahman Abu Bakar berkata ADT dan semua ahli pertubuhan itu berharap Ibrahim terus memimpin PERKASA meneruskan perjuangan mempertahankan agenda Melayu dan Islam yang semakin mencabar..... http://www.malaysiakini.com/news/229814
~ Admin : hmm dia Akur dengan keputusan...sabagai Pemimpin PERKASA dia berani letak Jawatan
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..