SYDNEY - Warga Australia dilaporkan mulai jemu dengan Facebook. Data menunjukkan, kira-kira 400,000 orang meninggalkan media sosial ini sejak Disember 2012.
Menurut laporan Perth Now hari Minggu (28/4/2013), dari data yang dikumpul pengguna Facebook di Australia turun dari 11.800.000 pengguna pada bulan Disember menjadi 11.400.000 pada minggu lalu.
Data ini dikumpulkan oleh lembaga monitoring sosial media Social Bakers, yang menunjukkan setiap bulan sekitar 115,000 orang tidak lagi mengakses akaun Facebook mereka. Secara keseluruhan, angka penurunan adalah 390,000 orang sejak Disember.
Seorang jurucakap Facebook Australia mempersoalkan angka tersebut, namun tidak memberikan angka rasmi pengguna Facebook, dengan mengatakan bahawa di akhir tahun 2012, ada 12 juta pengguna Facebook di Negeri Kanguru.
Juru bicara itu mengatakan, jumlah yang disebut Facebook sendiri sebagai 11.5 juta pengguna saat ini hanyalah "anggaran".
Prof Larry Neale, ahli pemasaran sosial media di Universiti Teknologi Queensland berkata penurunan pengguna Facebook juga berlaku di Amerika Utara dan Eropah, kerana tepu akan Facebook ini merupakan fenomena global.
"Ketika Facebook muncul pertama kali, banyak orang memang tertarik, namun sekarang kenikmatannya berkurang bagi pengguna. Jumlah masa yang dihabiskan orang di Facebook sekarang semakin berkurang. Ini kerana tepu." kata Prof Neale.
Prof Neale mengatakan, penurunan biasanya berlaku pada mereka yang sudah mempunyai akaun Facebook selama tiga tahun, kerana kebanyakan sudah tidak lagi mempunyai masa yang cukup. "Mungkin ketika mulai mereka masih di universiti, dan sekarang kerana sudah bekerja, mereka tidak lagi punya masa, atau mereka tidak merasa cara yang terbaik menghabiskan masa mereka," tambah Prof Neale.
Perunding media sosial di Adelaide, Michelle Prak berkata, dengan sekarang hampir separuh dari penduduk Australia mempunyai akaun Facebook, larangan pengguna Facebook bagi mereka yang berusia di bawah 13 tahun, dan juga warga tua tidak tertarik, maka angka pengguna Facebook menjadi stagnan.
Menurut Prak, kebosanan, keinginan melakukan teknologi baru, dan kecewa kerana Facebook semakin banyak mengandungi iklan membuat pengguna banyak yang mulai tepu.
Menurut laporan wartawan Kompas di Australia, L Sastera Wijaya, Anika Johnstone (34), seorang pengurus komunikasi di Adelaide adalah pengguna aktif Facebook selama enam tahun, sebelum mengalami kejenuhan sehingga dia "cuti" dari Facebook pada akhir tahun 2012.
Dia sekarang jarang sekali aktif, hanya menggunakan Facebook untuk melakukan hubungan dengan rakan-rakan dan keluarga di luar negeri, dan mempertimbangkan dengan serius untuk menutup akunya. "Saya yang semula aktif beberapa kali sehari, sekarang paling membuka sekali dalam 10 hari." katanya.
"Semua iklan di Facebook membuat saya tidak selesa, rasanya seperti spam. Interaksi dengan teman-teman juga membosankan. Biasanya yang muncul juga hanya gambar bayi atau makanan." kata Johnstone.
Tepu Facebook ini bukan fenomena baru. Pada tahun 2011, berjuta-juta pengguna Facebook di Amerika Syarikat dan Eropah mula menutup akaun mereka, dan ini dijangka akan terjadi juga di Australia.
* Sumber kompas.com
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..