Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, May 14, 2013

Ketua Polis Negara Bersara Wajib



Yan, 13 Mei – “Saya menganggap ini sebagai penghormatan peribadi yang akan dikenang pada hari persaraan kelak”.


Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj Ismail Hj Omar menerusi ucapannya selepas selesai merasmikan pembukaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan dalam minggu terakhir perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia.

Beliau yang akan menjalani tempoh persaraan wajib selepas berkhidmat pada 17 Mei ini turut berterima kasih kepada Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim yang memberinya peluang merasmikan IPD Yan yang terletak dalam negeri kelahirannya.

Pewujudan IPD Yan adalah selari dengan dasar pembangunan Negeri Kedah pada masa kini. Pelbagai strategi pembangunan merangkumi ekonomi dan sosial dirangka untuk menjadikan Kedah sebagai negeri yang berdaya saing dan mampu menampung pertambahan jumlah penduduk dan pembangunan kawasan pelancongan.

Sejarah Balai Polis Yan yang pertama telah didirikan pada tahun 1914 dan seterusnya mengalami arus pembaharuan dimana dalam bulan Mac 1980 bermula pembinaan di atas satu kawasan seluas 5 ekar. Ia merupakan Balai Polis Yan yang pertama telah didirikan pada tahun 1914 yang terletak berhampiran Pejabat Daerah Yan Lama di Jalan Pegawai Pekan Yan.

Terbinanya Balai Polis Yan ini adalah atas desakan penduduk setempat yang sentiasa diancam oleh kegiatan penjenayah dan penjenayah yang terkenal pada masa itu ialah Panglima Nayan yang menjalankan kegiatan jenayahnya di sekitar kawasan Yan dan Pendang.

Oleh yang demikian, IPD Yan ini sebagai medan rujukan bagi mendapatkan maklumat dan simbol keakraban hubungan interaktif antara polis dan masyarakat. Ia juga merupakan pusat bagi membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Sehubungan itu, dengan adanya IPD Yan yang baru ini, kawalan keselamatan kawasan sekitar dan hubungan antara masyarakat setempat dengan polis akan menjadi lebih erat terutamanya dalam tanggungjawab bersama ke arah usaha memerangi jenayah.

Atucara diteruskan dengan gimik pelancaran IPD Yan dan seterusnya YDH Ketua Polis Negara menandatangani plak perasmian serta menandatangani buku pelawat.

Turut hadir, YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri, YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, YDH Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri, pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil jabatan dan komuniti penduduk, pegawai-pegawai kanan polis dan anggota serta wakil-wakil media.


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...