Graf ramalan harga emas setiap bulan tahun 2013 dari peramal atau pelabur emas dunia boleh dijadikan panduan untuk membuat angaran waktu paling sesuai menjual emas agar dapat keuntungan yang maksimun dalam pelaburan emas.
Pelabur emas fizikal adalah seseorang yang aktif dalam urusan menjual ataau membeli emas dan penyimpan emas adalah seseorang yang membeli emas dan menyimpan emas tersebut dalam jangkamasa tertentu.
Public gold adalah institusi yang menyediakan tempat terbaik bagi pelabur emas melabur dalam pelaburan emas fizikal kerana memberikan banyak kemudahan seperti kemudahan jual beli emas online, spread harga emas terendah dan sistem menjadi pelabur emas atau menjadi dealer emas secara percuma. Untuk menjadi pelabur emas, anda sebaiknya menjadi pengedar emas atau dealer public gold. Lihat CARA JADI DEALER PUBLIC GOLD.
Panduan mudah menjangka masa terbaik menjual emas adalah berdasarkan perkara berikut :
1. Ramalan harga emas dari pelabur atau peramal emas berpengalaman. Saya selalu mengikuti peramal emas Nadeem Walayat kerana ramalan emas beliau adalah hampir tepat.Lihat graf ramalan harga emas 2013 di atas yang ditulis pada 24 Disember 2012.Lihat artikel penuh Gold Price Forecast 2013, Buying Opportunity?, is Silver Cheaper? . klik http://www.marketoracle.co.uk/Article38201.html. Graf ramalan emas beliau adalah tepat jadi ini boleh dijadikan panduan masa terbaik untuk menjual emas. Ramalan harga emas 2013 akan mulai naik bermula jun atau julai 2013 dimana harga tertinggi akan dicapai pada bulan september atau oktober 2013. Ramalan harga emas ini boleh dijadikan panduan menjangka masa terbaik menjual emas.
2. Emas anda boleh mula dijual apabila berita di TV yang memaparkan kenaikkan harga emas atau berita akhbar yang sentiasa memaparkan kenaikkan harga emas. Ini adalah sifat biasa emas iaitu bila harga tinggi, ramai pelabur akan menjual emas dan akan menyebabkan bekalan emas bertambah dan seterusnya harga emas akan turun.
3. Jualkan emas anda apabila ramai orang yang mula berpusu-pusu membeli emas. Pengalaman saya sebagai pengedar emas public gold lebih kurang 3 tahun mendapati apabila harga emas naik, ramai peminat emas akan mulai minat membeli emas mungkin kerana laporan akhbar dan TV yang memberikan berita tentang kenaikkan dan keuntungan pelaburan emas. Pada waktu harga emas rendah iaitu harga emas murah, orang kurang minat membeli emas mungkin kerana takut harga emas turun lagi dan sebagainya. Bertindak bijak sekarang dengan mula membeli emas pada harga rendah. Klik CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula membeli emas public gold.
4. Sentiasa mendalami ilmu emas dan melihat berita emas serta ramalan harga emas dari pelabur emas seluruh dunia.Contohnya, ramalan sifat emas biasanya melengkapi kitaran 22 bulan. Emas seolah-olah sampai ke puncak kitaran setiap bulan ke 22. Kemuncak terakhir adalah pada bulan Ogos atau September tahun 2011 dan tidak mustahil bahawa ia akan sampai ke puncak yang lain pada Jun 2013. Berdasarkan graf sejarah harga emas pula, harga emas akan mulai naik bermula bulan jun hingga bulan disember.
Panduan mudah menjual emas untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas berdasarkan ramalan harga emas adalah cara mudah mengetahui masa terbaik untuk menjual emas. Panduan masa sesuai jual emas yang melibatkan analisis teknikal akan disiarkan dalam artikel yang berikutnya kerana saya juga tengah belajar mengenai analisis teknikal bergraf dan cara meramal harga emas.Analisa teknikal graf harga emas sebenarnya tidak berapa penting bagi pelabur emas fizikal dan perlu di ingat tiada sesiapa yang dapat meramal harga emas atau perak dan sebagainya. Ramalan hanyalah sebagai rujukan dan panduan sahaja
~ Money2Gold : Huhh tgk nama laa MONEY TO GOLD saya mesti Beli
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..