Dengan jangkaan perolehan sebanyak
RM27Billion dari GST yang akan dilaksanakan
oleh pentadbiran Najib ianya menjadikan setiap
rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin terpaksa
membelanjakan sekurang-kurangnya
RM1000 setiap tahun untuk GST sahaja..
ianya adalah baik untuk keadilan seluruh rakyat Malaysia..
Ini kerana difahamkan sekitar 40% rakyat Malaysia
Ini kerana difahamkan sekitar 40% rakyat Malaysia
berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan
perlaksanaan GST akan melibatkan mereka secara
langsung.
Dan majoriti dari 40% rakyat Malaysia yang
Dan majoriti dari 40% rakyat Malaysia yang
berpendapatan dibawah RM1,500 sebulan itu
adalah penyokong UMNO/BN..
Mereka kekal menyokong UMNO/BN kerana
Mereka kekal menyokong UMNO/BN kerana
kemiskinan menghalang mereka dari mendapatkan
maklumat selain dari TV3 dan Utusan Malaysia.
Secara tidak langsung keperitan hidup yang
Secara tidak langsung keperitan hidup yang
disebabkan oleh GST akan membuatkan mereka
berfikir adakah wajar mereka meneruskan sokongan
terhadap UMNO/BN pada PRU akan datang.. itupun
kalau mereka masih mampu berfikir..
Jadi.. tak salah rasanya kalau aku
Jadi.. tak salah rasanya kalau aku
kata GST baik untuk semua.. biar depa
pulak rasa macam mana sakitnya
hati aku bila nak kena bayar
income tax setiap tahun..
GST:
Rakyat miskin pun
kena bayar cukai
Dr Rosli Yaakop,
Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF)
mahu semua negara di dunia melaksanakan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(CBP - Goods and Services Tax)
dengan alasan supaya sistem pencukaian
menjadi seragam di seluruh dunia
“to create a more level playing field amongst
trading nations.” IMF mendakwa bahawa sistem
cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak
negara sedang membangun telah digunakan untuk
“menyorokkan” dasar perlindungan
perdagangan yang mereka amalkan.
Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh
sesetengah negara sedang membangun ke atas
otomobil import telah menghalang pertandingan sihat
di dalam industri otomobil dunia dan memaksa
penduduk sesebuah negara sedang membangun
menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri
yang bermutu rendah berbanding kereta import dari
negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan
bebas dan setiap negara – miskin atau kaya - hendaklah
melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari
dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan
blok Barat ke atas ekonomi dunia.
IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera
melaksanakan CBP dan kerajaan sudah bersedia
untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi.
Ketika membentang Belanjawan 2005,
Menteri Kewangan mengumumkan CBP bakal
dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2007,
menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan
yang sedia ada. Walau bagaimanapun, berikutan
penentangan kuat rakyat, maka pada 22 Februari 2006, kerajaan mengumumkan penangguhan.
semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana
pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk
pembacaan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namun, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat.
Sejak akhir-akhir ini, selepas memenangi
Pilihan Raya Umum Ke tiga belas yang berlangsung
pada 5 Mei 2013, sudah ada bayangan bahawa
CBP bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat
ini kerana dengan berbekalkan 133 kerusi parlimen
yang dimenangi, kerajaan merasa cukup yakin bahawa
ia sudah mendapat sokongan rakyat terbanyak untuk
melaksanakannya. Sebelum PRU13, kerajaan ini
tidak berani untuk melaksanakan CBP kerana penentangan
kuat rakyat boleh diterjemahkan kepada kekalahan pilihan raya.
Seperti yang bayangkan oleh Idris Jala, Menteri di
Jabatan Perdan Menteri (lihat Business Times, 18 Mei 2013 –
“GST can generate RM27b in revenue”), kadar CBP
bakal ditetapkan pada 7 peratus, iaitu, 3 poin peratusan
lebih tinggi dari kadar yang pernah disebut sebelum ini.
Pada kadar 7 peratus, dianggarkan Malaysia akan
menjana hasil tambahan sebanyak RM27 bilion.
Pernah disebut oleh Perdana Menteri bahawa
hasil yang dijana dari pelaksanaan CBP akan digunakan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan membina infrastruktur.
Di bawah sistem CBP semua rakyat - ada pendapatan
mahupun tiada pendapatan - kena membayar cukai,
tiada kecuali, kerana tiada siapa pun di dalam sesebuah
ekonomi yang tidak menggunakan barangan dan perkhidmatan.
Orang termiskin di dalam ekonomi membayar cukai ke
atas barangan yang mereka gunakan sama seperti
orang yang terkaya kerana tiada siapa pun yang terlepas
dari menggunakan sesuatu di dalam sesebuah ekonomi.
Dalam sistem pencukaian yang diamalkan sekarang,
hanya individu yang pendapatannya melebihi “threshold income”
yang ditentukan yang membayar cukai. Atas asas ini dikatakan
hanya 1.5 rakyat Malaysia yang membayar cukai kerana
berpendapatan melebihi “threshold income” yang ditentukan.
Di bawah CBP, tiada “threshold income” bermakna, 29 juta
rakyat Malaysia kena menanggung beban cukai. Lagipun,
cukai korporat dan cukai pendapatan individu akan di
kurangkan bermakna beban golongan yang membayar
cukai selama ini akan menjadi ringan. Beban itu dipindahkan
kepada rakyat Malaysia yang selama ini tidak pernah membayar cukai.
Golongan yang tidak membayar cukai sekarang akan
membayar cukai bila CBP dilaksanakan. Kira-kira
32 peratus dari jumlah isi rumah (household) di Malaysia
berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang tidak
membayar cukai pendapatan. Mereka ini akan menjadi
pembayar cukai apabila CBP dilaksanakan. Mereka
membayar cukai atas barang yang tiada dalam senarai
barang dikecualikan di bawah CBP seperti pakaian,
permainan kanak-kanak, makanan yang diproses,
makanan dalam tin dan sebagainya yang mereka
gunakkan. Ini bermakna, golongan berpendapatan
rendah dan golongan yang “economically vulnerable”
dalam masyarakat terpaksa menanggung beban cukai.
Ahli ekonomi dan pencukaian mengakui bahawa CBP
Ahli ekonomi dan pencukaian mengakui bahawa CBP
adalah satu sistem pencukaian yang “regressive” yang
bermakna ia tidak adil. Semakin rendah pendapatan
seseorang maka semakin besarlah bahagian pendapatannya
yang pergi kepada membayar cukai. Atau kebalikannya:
semakin tinggi pendapatan seseorang maka semakin
kecillah bahagian daripada pendapatannya yang pergi
kepada membayar cukai. Jelas, CBP membebankan
golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam
masyarakat. Hal ini bertentangan dengan ciri sistem
pencukaian yang adil, iaitu, sesuatu sistem cukai
yang hendak dilaksanakan perlu memiliki sifat “progressive.”
IMF mengakui sifat regresif pada CBP ini dan
IMF mengakui sifat regresif pada CBP ini dan
mencadangkan supaya diwujudkan senarai barangan
dan perkhidmatan bagi menangani kelemahan ini.
Secara amnya, barang makanan asas dan
keperluan-keperluan asasi dikeluarkan daripada
senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan
cukai di bawah CBP. Ini masih tidak memadai untuk
mengurangkan sifat regresif itu kerana di bawah CBP,
orang kaya dan orang miskin membayar cukai yang
sama kadarnya. Seorang peminta sedekah apabila
membeli sebotol minuman ringan membayar cukai
yang sama seperti yang dibayar oleh seorang taukeh
judi yang kaya raya apabila membeli sebotol
minuman ringan yang sama.
Di bawah CBP, semua orang membayar cukai pada kadar
Di bawah CBP, semua orang membayar cukai pada kadar
yang sama, tidak kira kaya atau miskin, walhal
sistem pencukaian yang adil menghendakki orang
kaya dan orang yang mampu membayar cukai
(berpendapatan melebihi “threshold income” yang ditentukan)
dikenakan cukai supaya hasil cukai dapat dijadikan
alat fiskal yang berkesan untuk mencapai agihan
pendapatan dan kekayaan negara yang lebih merata,
adil dan saksama. Sistem cukai yang progresif juga
menjamain bahawa semakin tinggi pendapatan
seseorang, maka semakin tinggilah beban cukai
yang ditanggungnya. Oleh itu, CBP yang bersifat
regresif ini hanya akan membebankan rakyat
terbanyak dan melebarkan lagi jurang pendapatan
di antara golongan kaya dan miskin.
Memang diakui oleh ahli ekonomi dan pakar pencukaian
Memang diakui oleh ahli ekonomi dan pakar pencukaian
bahawa CBP adalah “inflationary.” CBP ialah “consumption tax”
dikenakan ke atas kesemua (kecuali barangan dan
perkhidmatan yang dikecualikan) barangan dan perkhidmatan
yang dihasilkan di dalam negera mahupun yang diimport.
Juga, ia adalah “multi-tier stages of tax“ dikenakan ke
atas setiap peringkat pengeluaran sesuatu produk
daripada bahan mentah sehinggalah ke produk siap
(finished products).
Walau wujud “credit offset mechanism” di bawah CBP,
Walau wujud “credit offset mechanism” di bawah CBP,
namun, pada perkiraan mutakhirnya, penggunalah yang
menanggung beban cukai. Misalnya, apabila cukai 7 peratus
dikenakan ke atas perkhidmatan pengangkutan,
kos pengangkutan akan naik dan ini akan membawa
kenaikan kepada harga seluruh barangan dan
perkhidmatan di dalam ekonomi termasuk barangan
dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai. Akhir,
rakyat terbanyak akan menanggung beban kembar
“kena bayar cukai dan kena tanggung inflasi.
” Lagi sekali, beban ini mengena lebih teruk kepada
golongan miskin berbanding golongan kaya.
Memang, dari sudut hasil kerajaan, CPB ada
Memang, dari sudut hasil kerajaan, CPB ada
kebaikannya, misalnya, ia mengurangkan kebergantungan
besar ke atas cukai langsung dan cukai petroleum,
menjamin sumber hasil yang lebih stabil bagi kerajaan
berbanding cukai pendapatan dan oleh kerana CBP
berasaskan kepada penggunaan, hasil kurang terjejas
oleh kemelesetan ekonomi kerana apabila ekonomi
meleset, penggunaan biasanya mampu bertahan.
Benar, tetapi di bawah kerajaan yang korup, manfaat
Benar, tetapi di bawah kerajaan yang korup, manfaat
ini tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat
terbanyak. Apakah gunanya hasil yang tinggi jika s
ebatang screw driver yang harganya RM25 dibeli
melalui tender pada harga RM200? Apakah manfaatnya
kepada rakyat apabila membeli kapal selam pada harga
berkali-kali ganda lebih mahal kerena menteri
mahukan komisyen?
Apakah gunanya membina stadium yang mahal
Apakah gunanya membina stadium yang mahal
tetapi runtuh atapnya? Perkara yang meruncing di
dalam ekonomi Malaysia sekarang ia menghasilkan
pulangan maksimum ke atas setiap ringgit wang rakyat
yang dibelanjakan, bukan memaksa rakyat yang tidak
mampu membayar cukai untuk membayar cukai. Sesungguhnya,
CBP adalah cukai yang menzalimi rakyat
berpendapatan rendah dan miskin.
Yang beruntung besar adalah orang kaya dan
Yang beruntung besar adalah orang kaya dan
syarikat multinasional kerana cukai korporat dan cukai pendapatan direndahkan.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..