Sembilan kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Ampang berhadapan Stesen LRT Dang Wangi, kira-kira jam 7.05 malam semalam.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun seorang pemandu kenderaan nyaris tertimbus ketika cuba mengeluarkan keretanya. Mangsa M Logeswaran, 28, berkata, ketika dia tiba di tempat kejadian jam 7.45 malam, keretanya hanya tertimbus 40 peratus sebelum cuba mengeluarkan kenderaan itu bagi mengelak kerosakan lebih teruk.
TANAH setinggi 25 meter runtuh dalam kejadian hujan lebat berhadapan Stesen LRT Dang Wangi.
Dia yang juga seorang jurutera berkata, ketika dia hendak mengeluarkan keretanya yang baru dibeli dua bulan lalu itu, dia terdengar bunyi kuat dan nampak tanah runtuh di hadapannya dan sempat melarikan diri ke kawasan selamat. “Saya nampak motosikal beberapa anggota polis yang sedang bertugas turut ditimbus tanah yang baru runtuh itu,” katanya.
Source
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..