Ekoran prinsip yang dinyatakan oleh pelakon kecik molek ini, ramai yang memandang sinis terhadapanya namun beliau tidak mengendahkan semua itu kerana lebih rela berdepan dengan semua sindiran sedemikian daripada mengejar populariti dengan beraksi panas atau babak ranjang.
“Saya nak masyarakat mengenali saya melalui bakat lakonan yang saya tonjolkan bukannya popular disebabkan membawa watak menggoda dan bergaya seksi. Saya tak pandai nak berbuat begitu”, katanya.
Tambahnya, beliau lebih rela menerima tawaran watak sebagai pengemis daripada beraksi di ranjang bagi menjaga harga diri, hati keluarga dan perasaan teman istimewanya.
“Saya terima watak apa saja yang ditawarkan tetapi tidak menerima tawaran bagi melakonkan watak menggoda dan seksi. Itu bukan cara saya. Jika mahu popular tidak semestinya kena melakonkan adegan seperti itu dan tidak perlu mendedahkan sana-sini tetapi cukup dengan bakat,” ujarnya.
Kata pelakon drama bersiri Bukan Bidadari ini, dirinya pernah mendapat tawaran sedemikian tetapi menolak tawaran tersebut dengan baik demi menjaga hati kedua-dua pihak.
~ Kredit & Sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..