~ Gambar Hiasan |
TEL AVIV 13 Mei - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikritik hebat media negara ini kerana membelanjakan sejumlah AS$127,000 (RM378,638) duit pembayar cukai bagi memasang sebuah katil berkembar pada sebuah pesawat yang dinaikinya ke London, baru-baru ini.
Pejabat Perdana Menteri dipercayai telah mengarahkan supaya tempat rehat dengan katil berkembar untuk Netanyahu dan isterinya dipasang bagi perjalanan selama lima jam mereka semasa menghadiri majlis pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher, bulan lalu, lapor stesen televisyen Channel 10 dan media-media lain.
Pendedahan itu sekali gus membangkitkan kritikan hebat terhadap Perdana Menteri dengan kerajaan pimpinan Netanyahu mahu meningkatkan cukai dan memotong perbelanjaan bagi menghalang perbelanjaan defisit.
Perkara itu mengakibatkan pejabat Netanyahu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya mengarahkan tempat berehat diadakan ke atas penerbangan yang merentas Atlantik.
Katanya, Perdana Menteri tidak tahu menahu tentang kos pemasangan itu. - DPA
~ SUMBER

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..