via Media Jer! (MJ) :Okay, aku buang kebencian pada negeri dan bercakap atas kapasiti aku orang tengah. Even takde kena mengena dengan 3 negeri yang aku akan sebut ni.
Masa JDT lawan Kelantan. Masa tu keadaan tak terkawal? FANS kelantan kena bantai kat Larkin. Tiket dijual berlebihan dan sebagainya.
Kecoh situasi gaduh dan berlaku pergeseran penyokong. Waktu tu JDT apa berlaku? Perlawanan diteruskan tanpa ada apa-apa masalah.
Tapi berbeza di Pahang bilamana berlaku sesuatu kemain player taknak masuk padang sebab takut keselamatan la ape la. Aku rasa diorang ni tipikal berfikir, mungkin diorang ingat sebagaimana diorang membantai orang yang datang 'menumpang' distadium diorang waktu game.
Kira ketakutan bayang-bayang sendiri la, masa depa kat Larkin depa boleh buat kepala pukul ramai-ramai sebab itu tempat depa. Tapi bila kat Pahang kemain takut nak masuk padang kononnya sebab takut kena bantai? Itu namanya takut bayang-bayang sendiri.
Aku tak rasa penyokong Pahang agresif sebab geng Pahang ni sempoi-sempoi ja. Dan bagi aku depa bukan taksub sangat bola. Sebab apa? Aku kenal beberapa member aku Pahang dan depa tak macam negeri lain ketaksuban pada bola depa dan jarang aku dengar provokasi dari Pahang punya penyokong.
So aku rasa geng dan penyokong JDT dah boleh slow-slow kan la ketaksuban bola tu dan jangan takut dengan bayang-bayang sendiri. Ingat ini bola sahaja, bukannya game bertumbuk atau game sape hebat. Ia perlawanan/riadah yang sepatutnya korang jadikan ia sesuatu yang menyatukan.
Bangga aku tengok kawan-kawan aku bila tengok bola game Barcelonan Lawan Real Madrid ada yang berbeza idealogi politik leh geng sama dan sama-sama menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Takde plak gaduh-gaduh. Ni sampai nak bertumbuk?? Buang masa.. choiii..
p/s: Lazim orang tak takut bila depa tak berfikiran begitu. Orang kata apa, takutkan bayang-bayang sendiri. Apapun jangan gadaikan persaudaraan kerana sebiji bola sebab bola ni bulat, bila-bila boleh tukar.
~ KREDIT & SUMBER - Mulut Pedas -
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..