Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, May 15, 2013

Jemaah Kabinet 2013

Jemaah Kabinet 2013 : sapa yang kekal..sapa pulak terkeluar..sapa muka baru masuk..


Najib menghadap Agong hari ini

KUALA LUMPUR 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini, pada 12 tengah hari esok bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan Kabinet yang baharu.

Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.

Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Difahamkan, Perdana Menteri akan membuat pengumuman rasmi senarai Kabinetnya pada pukul 4 petang esok.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, Barisan Nasional (BN) yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Daripada jumlah tersebut, UMNO memenangi 88 kerusi, berbanding 79 kerusi pada pilihan raya 2008; tetapi parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan menerima kekalahan teruk.

Kemenangan BN telah dibantu oleh prestasi cemerlang parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak yang masing-masing menyumbang 22 dan 25 kerusi Parlimen.

Kedua-duanya membentuk 47 kerusi daripada 133 kerusi keseluruhan yang dimenangi BN bagi membentuk Kerajaan Pusat.

Isnin lepas, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui oleh 28 menteri.

Najib turut menerajui Kementerian Kewangan serta memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Calon menteri yg tak tercalon PRU

Datuk Seri Rais Yatim
Dr. Ng Yen Yen
Tan Sri Nor Mohamed Yaakob
Gan Pin Siew


Calon menteri/timbalan menteri yang bertukar ke DUN

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Idris Haron



~ Money2gold : harap Pak Menteri yg Dilantik Lebih Baik dari Sblm Ini...

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...