Berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanjong Karang mungkin idea luar biasa yang tidak boleh diterima dek akal, tetapi itu cuba dibuktikan calon Bebas, Herman Tino yang serius untuk kempennya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Herman atau nama sebenarnya, Masrun Tamsi, 59, berkata, dia tidak mempunyai dana khas seperti calon lain dan hanya bergantung kepada bantuan rakan di samping terpaksa menggadai kereta dan meminjam wang bagi pastikan kempennya berjaya.
p/s : Bersungguhnya..tak mustahil dia akan menang
Jika program berjalan kaki sejauh ini mampu buktikan kesungguhan saya menjalankan kempen, sudah pastinya saya akan buat sehingga ia berjaya walaupun mengambil masa tiga hari bermula Jumaat lalu sehingga Ahad melalui beberapa hentian.
“Namun, akhirnya saya berjaya menamatkannya,” katanya yang tiba di rumahnya di Jalan 7/1, Sungai Gulang-Gulang pada 6 petang, semalam.
~ Selanjutnya SINAR
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..