gergasi, Google yang juga pemilik laman
perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan
pendirian mereka untuk tidak memadam
video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun
ia telah mencetuskan protes di kebanyakan
negara di rantau Arab.
Dalam satu kenyataan, Google juga menolak
tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat
Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video
menyinggung perasaan orang Islam tersebut.
Menurut jurucakap Google, treler filem
berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims
dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu
kononnya tidak melanggar polisi dan
garis panduan Youtube.
Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada
Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat
akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan
Libya bagi tempoh sementara.
Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna
Youtube boleh melaporkan kandungan tidak
senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan
pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.
Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan
diambil dan video tersebut telah ditonton
lebih 122,000 pengguna.
Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian
Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan
memutuskan untuk menyekat akses video yang
mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.
“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai
mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan
menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan
tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,”
kata Aimal Marjan.
Afghanistan menjadi negara pertama menyekat
akses video itu kerana khuatir insiden protes
ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari
lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan
tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas
sebagai membantah tindakan tentera
Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran
di penjara Bagram, utara Kabul. - Reuters
~sumber~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..