Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, September 14, 2012

Misteri pengarah filem hina nabi


REUTERS
ORANG ramai melarikan diri apabila
 polis melepaskan tembakan ke udara
 bagi menyuraikan protes terhadap filem
 anti-Islam di luar Kedutaan AS di Sanaa,
 Yemen semalam.

LOS ANGELES - Seorang lelaki dari negeri
 California mengaku dia memainkan peranan
 di sebalik pembikinan filem yang menghina
 Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus
 mencetuskan bantahan hebat umat Islam
terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula
yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan
 pernah didapati bersalah kerana melakukan
 jenayah kewangan memberitahu agensi berita
 Associated Press (AP) bahawa dia memainkan
 peranan mengurus dan membekalkan logistik
 untuk produksi tersebut.

Lelaki berusia 55 tahun itu turut mengaku dia
 adalah pengurus syarikat yang menerbitkan
 filem berjudul Innocence of Muslims itu.

Namun, dalam satu temu bual dekat sini kelmarin,
 Nakoula menafikan dia mengarahkan filem biadap itu.

Sebaliknya, dia menyatakan mengenali penulis dan
pengarah Innocence of Muslims, Sam Bacile.

Bagaimanapun, nombor telefon yang dihubungi AP
 pada Selasa lalu untuk menelefon Bacile didapati
menggunakan alamat sama dengan lokasi di mana
 Nakoula ditemui.

Rekod mahkamah persekutuan AS menunjukkan
 Nakoula mempunyai beberapa nama lain termasuk
 Nicola Bacily dan Erwin Salameh.

Lelaki itu menyatakan bahawa Bacile menyokong
 kebimbangan berhubung layanan buruk umat Islam
 terhadap penganut Kristian Koptik.

Namun, Nakoula menafikan dia menyamar diri
 sebagai Bacile.

Semasa temu bual tersebut di luar rumahnya, lelaki
 itu menunjukkan lesen memandunya untuk
 mengesahkan identitinya tetapi dia menggunakan
 ibu jari untuk menutup nama tengahnya, Basseley.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang paderi yang
 mencetuskan kemarahan umat Islam dengan membakar
 beberapa naskhah al-Quran, Terry Jones menyatakan,
 dia sempat berbual dengan Bacile melalui telefon kelmarin.

Jones berkata, lelaki berkenaan menghubunginya
 beberapa
 minggu lalu untuk mempromosikan filem tersebut.

"Saya tidak menemui dia. Sam Bacile bukan nama
sebenarnya.

"Saya cuma bercakap dengannya melalui telefon.
Dia tentu bersembunyi dan tidak mendedahkan
identitinya," kata Jones.

Bacile sebelum ini menyatakan dia dilahirkan
di Israel, berusia 56 tahun dan berketurunan Yahudi.

Seorang aktivis Kristian yang turut terlibat dalam
 projek filem berkenaan, Steve Klein memberitahu
 kelmarin bahawa Bacile merupakan nama samaran
 pengarah filem tersebut dengan dia
 seorang penganut Kristian.

Terdahulu, beberapa pegawai di Israel berkata,
 tiada rekod ditemui menyatakan
 Bacile seorang rakyatnya.

Menurut Klein, sekitar 15 pelakon dari Syria, Iraq,
 Turki, Pakistan, Iran dan beberapa penganut
 Kristian Qibti Mesir terlibat dalam filem
 Innocence of Muslims.

"Kebanyakan mereka enggan memberitahu nama
 sebenar kerana mereka takut," kata Klein.

Sementara itu, YouTube telah menarik balik
 klip video filem itu di Mesir dan Libya kelmarin.
Namun, video berkenaan masih boleh diakses di
 Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa
 Libya membuat beberapa tangkapan berhubung
 serangan ke atas Kedutaan AS di Benghazi

"Kementerian Dalam Negeri dan
 Kementerian Kehakiman telah memulakan
 siasatan dan mengumpulkan bukti
 dengan beberapa orang telah ditangkap,
" kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wanis Al-Sharif.

Namun, beliau enggan memberikan butiran
terperinci berhubung bilangan orang yang
 ditangkap atau latar belakang mereka kerana
 tidak mahu menjejaskan siasatan. - Agensi



~sumber~

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...