19 September 2012
Kenyataan dibawah nie apa punya rundingan...
"Sebagai tanda komitmen jika tuntutan dipenuhi, beliau berkata cadangan itu akan dibawa ke Kongres Cuepacs bulan depan untuk mendapatkan persetujuan penjawat awam untuk tambahan 30 minit kerja setiap hari."
Jika org kerja kerajaan tambah masa 30minit..nanti sudah pasti kakitangan swasta pun juga dipaksa kerja lebih 30minit mungkin hingga 1jam lebih dari orang kerajaan..Apa yg membimbangkan nanti, Malaysia akan mengalami satu kejutan budaya kerja dan fenomena yg berlaku di JEPUN iaitu "KAROSI" ntah betul tak sebutan tu..yg bermaksud "GILA KERJA" akan bertambah masalah sosial itu penyakit tekanan kerja
Kenyataan penuh oleh CUEPACS di bawah
Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.
"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.
~SELANJUTNYA~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..