Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 Datuk Seri Jamil Khir Baharom
RIYADH - Arab Saudi telah menolak
permintaan 40 negara agar ditambah
 kuota jemaah haji tahun ini.
Permohonan ditolak atas alasan projek
pembangunan besar-besaran di Makkah
dan Madinah masih berjalan.
Laporan AFP memetik Menteri Haji
Bandar al-Hajjar berkata, "kementerian
 meminta maaf kepada kesemua negara
 yang telah meminta agar bilangan jemaah
 haji di negara masing-masing ditambah."
Tahun lalu, tiga juta jemaah menunaikan haji.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, kerajaan masih berusaha mendapatkan
kuota haji tambahan sebanyak 10,000 bagi
memberi peluang lebih ramai rakyat negara ini
yang beragama Islam untuk melakukan ibadah
 tersebut, sekali gus mengurangkan jumlah
 mereka yang keciciran pada musim haji
 tahun ini.
Jamil Khir berkata, beliau akan meminta
bantuan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak
 sendiri untuk bercakap dengan
Raja Arab Saudi Raja Abdullah bagi
membincangkan mengenai perkara tersebut.
"Tradisinya pada bulan puasa kita dapat
jumlah kuota sebanyak 28,000 dan selepas
 raya biasanya kita dapat kuota rayuan sebab
 kuota rayuan ini akan membantu mereka yang
 tercicir dan sebagainya.
"Sampai sekarang kita sedang menunggu
kuota rayuan ini," katanya.
Katanya, keputusan mengenai kuota tambahan
 itu diharap dapat diluluskan dalam masa terdekat.
Sebelum ini Jamil Khir mengumumkan kerajaan
Arab Saudi mengekalkan kuota haji bagi jemaah
 Malaysia pada tahun ini iaitu sebanyak 28,000.

~sumber~