Kambing RM1 seekor Sempena Maulidur Rasul
Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang
penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk
bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri
ini.
Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata,
tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital
awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi
meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.
“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur
Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi
Muhammad SAW,” katanya.
Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan
harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di
pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari
tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar
kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.
“Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.
“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,”
katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.
Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan
daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat
kami.
Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200
atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut. -
Harian Metro
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..