KUCHING, 3 Jan (Bernama) - Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang
Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak.
Mendiang berusia 68 tahun.
Beliau meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, tidak lama selepas
digegaskan ke hospital setelah pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata
balunya Datin Brawang Chunggat.
"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit
dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya kepada Bernama.
Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger,
Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima
pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi
negara, ketika
masih hidup.
-- BERNAMA
~ p/s: teringin nak baca buku kisah beliau
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..