Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
pengarang@utusan.com.my
KUCHING 7 Jan - Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu
demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam
cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.
Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.
Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.
"Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum
dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu
tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.
__________________
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..