Terkini!!! Asrama UiTM Lendu Diganggu Kehadiran ORANG MINYAK & PONTIANAK!!!
Mendapat info dari adik ipar aku mendapat tweeter dari rakan beliau yang sedang belajar di uitm lendu bahawa memang betul kehadiran org minyak dan puntianak di blok2 laki dan
perempuan di sana.. keadaan agak seram di sana buat masa ini katanya
lagi..
Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.
Dalam sebuah laman blog, http://theruzannapages.wordpress.com, penulisnya yang juga penuntut di situ mendakwa kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ.
” Semakin hari berlaku kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau.
” Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru
perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis :
“Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.” .
” Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari,
menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!,”
katanya dalam blog berkenaan.
Kita tidak pasti sejauh mana ‘teruknya’ keadaan tersebut namun kita
berharap pihak pentadbir di situ memandang serius kejadian ini sekiranya
ia benar-benar berlaku.
Untuk rekod, histeria atau apa saja keadaan yang sepertinya berlaku bila
syaitan merasuk dan menguasai tubuh manusia, kemudiannya syaitan itu
akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau
(gila) atau mencetus perilaku histerikal.
Ibn Masud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud:
Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku
berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga
daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan.
Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan
kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih,
keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit
daripada tidur atau sedar daripada mabuk.
Menurut ahli akademik, Dr. Amran Kasimin, hadis ini boleh dijadikan
dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap
manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas)
untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut.
Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa
yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana
tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta
lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat-
saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi
(dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu
daripada mati dipatuk binatang bisa ? maksud hadis riwayat Abu Daud dan
Am-Nasaiy.
Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang
bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam
melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh.
Ubai Ibnu Ka’ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama
Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata:
” Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi
penyakit.? Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan:
” Dia terkena sakit sasau.? Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda.
Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan nabi. Baginda telah berdoa
memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.
Menurut Dr. Amran, peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam
hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan
pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat.
Katanya, pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu
bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi.
Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau
spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.
Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan
gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan
sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit
gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan
rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.
Ujarnya, sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu
dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan
berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang
menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha
penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit
menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan.
” Perkara sebegini boleh juga terjadi akibat adanya masalah-masalah lama
yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus
terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan
tingkah laku histerikal.
“ Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu,
ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani,
selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di
sekolah-sekolah.
” Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum
wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa
histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun
tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental,”
ujar Dr. Amran.
Semoga penulis blog tersebut dan rakan-rakannya bersabar dan banyakkan beribadat agar tidak timbul lagi perkara sebegini.
Sumber : lamanizzs.blogspot.com
p/s : biasanya histeria ajer berlaku di asrama terutama time minggu study exam, tension tapi nie curi barang nie, mcm ada org nak mencuba ilmu hmmm
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Sunday, January 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menakutkan betul la histeria nie .
ReplyDelete