Tujuh tahanan rampas trak polis sebelum larikan diri
1:31PM Jan 7 2013
Tujuh tahanan merampas sebuah trak polis di sepanjang jalan lingkaran
luar Butterworth di George Town pagi ini sebelum melarikan diri, lapor
Star Online.
Mereka adalah antara sembilan tahanan yang sedang dibawa ke Mahkamah
Butterworth untuk menghadapi pelbagai tuduhan. Dipercayai pemandu
kenderaan cedera dalam kejadian itu.
Star Online memetik sumber polis sebagai berkata trak itu, bagaimanapun, terbabas di Jalan Paya Tok Akil di Tasik Gelugor.
Ia turut memetik Anggota exco kerajaan negeri Selangor, Phee Boon
sebagai berkata, kumpulan itu kini dipercayai bersembunyi di sebuah
ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor.
Satu sumber polis dipetik oleh Star Online sebagai berkata sebelum itu
berlaku kekecohan di tempat duduk belakang trak Black Maria, antara
tahanan dengan seorang anggota polis yang mengawal mereka.
Ia mendorong pemandunya memberhentikan trak tersebut di luar plaza tol untuk memeriksa keadaan.
Menurut laporan itu lagi, pemandu trak itu dan seorang lagi anggota
polis, yang sebelum itu duduk di hadapan, diserang oleh beberapa tahanan
ketika mereka membuka pintu pintu belakang trak.
Tujuh tahanan kemudian melarikan diri dengan trak tersebut. Dua tahanan lagi tidak melarikan diri, lapor Star Online.
Menurut laporan itu lagi, seorang pemandu yang
Seorang pemandu yang lalu lalu di situ membantu menghantar pemandu trak
dan dua anggota polis tersebut, serta dua tahanan berkenaan, ke
mahkamah.
Selepas dua tahanan telah diserahkan ke lokap mahkamah, dua anggota
polis dan pemandu berkenaan dikejarkan Hospital Sebarang Jaya, lapor
Star Online.
Sementara itu, akhbar China Press pula melaporkan tiga daripada tahanan tersebut telahpun ditangkap semula.
sumber malaysiakini
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..