Gambar Hiasan |
Biarlah saya panggil dia A. Saya mengenali A sejak beberapa bulan lalu dan pada tanggapan saya dia seorang yang baik dan mempunyai perwatakan menarik.
A juga menjadi kegilaan pelajar wanita kerana sifat dan rupa parasnya. Sifat A yang alim menambahkan lagi sahamnya sebagai pelajar lelaki pujaan kolej. Malah, A selalu menjadi imam di surau.
Pada mulanya saya tiada masalah berkawan dengannya. Saya ikhlas berkawan dan gembira kerana mempunyai seorang rakan yang saya anggap boleh membimbing dalam selok belok agama.
Namun, A tidak seperti yang saya sangkakan.
Di sebalik sifatnya yang kelihatan alim, A mempu*nyai satu tabiat yang saya tidak suka.
Pada suatu malam berlaku satu kejadian. A datang tidur dan memeluk saya. Saya rimas dengan ke*adaan ini. Saya menceritakan perkara ini pada kawan lain dan rupanya mereka mengalami nasib sama.
Saya takut penyakit A akan berjangkit dengan saya. Sejak kejadian itu, saya sudah tidak menaruh kepercayaan kepada orang yang berperwatakan ‘alim’ kerana di sebalik ciri-ciri itu, mereka ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A.
HILANG KEPERCAYAAN,
Kedah
Tingkah laku atau perbuatan A boleh menjadi ikutan jika adik memberi tindak balas positif dan merasa seronok atas perbuatannya.
Sekiranya adik memberi rangsangan atau galakkan kepada A, ia boleh menjadi satu perbuatan lazim dan ditiru.
Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat daripada wujudnya interaksi antara rangsangan dan tindak balas.
Teori ini melihat input atau yang berupa rangsa*ngan dan keluaran (output) yang berupa tindak balas adalah penting dalam satu perubahan tingkah laku.
Tindak balas negatif adik seperti menjauhi atau tidak memberi petunjuk positif apabila A memeluk adik adalah satu isyarat tidak mahu A mengulangi perbuatan buruknya itu.
Jelasnya, adik ingin A memberhentikan tindakan itu terhadap adik dan pelajar lelaki lain.
Seterusnya, penyakit A boleh ‘berjangkit’ kepada adik jika adik menjadikan A sebagai model tingkah laku. Teori pembelajaran sosial melihat satu pembelajaran boleh berlaku dengan memerhati individu lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku.
Dalam konteks ini, persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku sese*orang.
Selain itu, Bandura juga menyatakan, individu akan memerhatikan sesuatu ting*kah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan maklumat diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan ting*kah laku berkenaan.
Adik boleh mengelak daripada terikut atau meniru perbuatan A dengan tidak menjadikan dia sebagai model atau contoh. Adik juga boleh mengelak daripada terbabit dengan perbuatan A.
Proses memerhati dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku A tidak akan berlaku jika adik tidak terpengaruh dengan perbuatannya.
Dr memahami mengapa adik sudah hilang kepercayaan kepada orang ‘alim’. Pengalaman dan peristiwa kehidupan membentuk kepercayaan adik di sebalik kealiman seseorang tentu*nya ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A.
Apa yang A lakukan adalah tingkah laku peribadi*nya. Ia tidak mewakili perbuatan atau sifat orang alim yang lain. Membuat generalisasi bahawa tingkah laku buruk A berlaku kepada orang alim yang lain boleh membentuk pemikiran tidak rasional adik.
Seterusnya, tidak semua perbuatan A buruk. Contoh*nya, menjadi imam di surau adalah satu sifat terpuji. Hanya perbuatannya yang suka memeluk lelaki ketika tidur yang perlu diubah.
Adik perlu juga melihat sifat positif A dan menjauhi sifat negatifnya. Ini memberi peluang kepada adik untuk melihat A dari per*spektif berbeza.
Orang yang berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiat atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang munafik yang amat dibenci Allah SWT.
Firman Allah yang maksudnya: “Mereka menyem*bunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah meliputi (pengetahuan-Nya) apa-apa yang mereka kerjakan.” (An-Nisa’: 108)
#budaya songsang ada dimana2.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..