KUALA LUMPUR 1 Jan. - Gara-gara
ingin melepaskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa dalam operasi
cegah maksiat, seorang gadis sanggup mendakwa dia adalah puteri kepada
seorang sultan.
Gadis berusia 26 tahun itu mendakwa sedemikian ketika ditahan pihak
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat hiburan
di Jalan Doraisamy di sini awal pagi ini.
Dia yang berasal dari Kapit, Sarawak turut mendakwa telah membuat satu laporan polis berhubung statusnya pada 3 November lalu.
Operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja
Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia itu dijalankan bagi mencegah
maksiat yang dilakukan umat Islam sempena sambutan tahun baharu.
Semasa serbuan, seramai 99 wanita dikenakan tindakan kerana berpakaian
menjolok mata serta diberi surat perintah hadir ke ibu pejabat Jawi pada
29 Januari ini dan jika gagal mereka akan dikenakan waran tangkap
mengikut Seksyen 29 Akta 559 Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menurut Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad,
keseluruhan yang dikenakan tindakan adalah 110 orang daripada kira- kira
500 pengunjung beragama Islam di pusat hiburan itu.
Katanya, mereka ditahan kerana menghalang penjawat awam, lelaki berpakaian wanita dan minum arak.
"Kesemua yang dikenakan tindakan berusia lingkungan 20 hingga 30 an dan
rata-rata berasal dari luar Lembah Klang termasuk dari Kelantan, Kedah
dan Johor.
"Operasi kali kedua di Jalan Doraisamy itu dilakukan hasil risikan dan
maklumat awam berhubung pusat hiburan yang menjadi lokasi tumpuan umat
Islam setiap kali sambutan tahun baharu," katanya yang ditemui selepas
operasi dijalankan.
~sumber ~
p/s: macam macam cara nak lepaskan diri..heheheh..
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..