Polis janji beri ‘kerjasama’ untuk pastikan HKR paling aman |
Perkara itu dimaklumkan Pengarah HKR, Mohammad Sabu selepas pertemuan pihak penganjur bersama Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman petang tadi.
Perbincangan khusus mengenai kelancaran HKR itu dimulakan jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira 4.10 petang.
“Penganjur dan polis sama-sama berazam untuk memastikan HKR menjadi himpunan aman dan berjalan lancar,” kata Mat Sabu kepada pemberita.
“Kita berbincang berpandukan Akta Perhimpunan Aman dan berjanji setiap pihak perlu mengikuti undang-undang tersebut,” jelasnya.Pertemuan itu turut disertai 10 pimpinan Pakatan Rakyat termasuk wakil NGO.
Mereka terbabit ialah Setiausaha Agung dan dua Naib Presiden KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, N Surendran dan Tian Chua; wakil PAS, Datuk Mustafa Ali dan Siti Zailah; wakil DAP, Datuk Teng Chang Kim dan Liew Chin Tong.
Wakil NGO pula disertai Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah; Pengerusi Permuafakatan Kampung Warisan (Muafakat), Ishak Surin dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.
Saifuddin berkata, tugas polis adalah sebagai fasilitator yang akan memudahkan perjalanan himpunan itu nanti.
“Polis juga akan sediakan ‘marshal’ untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan hari tersebut,” katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Sabu menyatakan pihak sekretariat HKR belum mendapat maklum balas berhubung kebenaran menggunakan Stadium Merdeka.
“Kita tunggu sampai 1 petang esok, sama ada dibenarkan atau tidak. Kemudian kami akan adakan mesyuarat jawatankuasa pada jam 4 petang. Selepas itu kita akan maklumkan kepada polis, media dan orang awam jika terdapat sebarang perpindahan lokasi,” jelasnya.~ KD
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..