Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam, kelmarin.
Tiga daripada banglo berkenaan, termasuk kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, yang berada berhampiran lereng bukit, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut
kerana masih terdapat pergerakan tanah yang berisiko runtuh lebih teruk.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Jabatan Pertahanan Awam dan pihak polis berada di lokasi bagi mengawal keadaan.
Timbalan Pengerusi Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata, kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku sejak 16 tahun kawasan itu didiami
Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Jabatan Pertahanan Awam dan pihak polis berada di lokasi bagi mengawal keadaan.
Timbalan Pengerusi Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata, kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku sejak 16 tahun kawasan itu didiami
“Penghuni yang diarahkan keluar juga diminta membawa keluar barangan penting lain kerana belum dipastikan sampai tidak dibenarkan kembali ke kawasan kediaman.
“Pihak DBKL juga ada menyediakan dewan kepada penduduk sebagai penempatan sementara,” katanya.
Beliau berkata, pihak pemaju juga bersetuju memberi bantuan awal pemindahan berjumlah RM1,500 kepada penduduk terjejas.
“Satu keluarga, RM1,500, dan kita masih lagi menerima pendaftaran daripada mereka terlibat untuk menuntut bantuan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata, pihaknya akan membuat laluan alternatif untuk digunakan penduduk sekitar yang ingin keluar.
Katanya, penghuni di kawasan bawah, berdepan benteng tersebut juga diarahkan pindah serta-merta.
“Pihak IKRAM telah memasang peralatan untuk menentukan pergerakan tanah ini dan kita berharap dengan itu kita dapat mengukur pergerakan tanah tersebut dan ini akan memudahkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.
Penduduk bimbang Kejadian menggemparkan itu nyata membimbangkan penduduk sekitar terutamanya yang berada di lokasi berhampiran, berikutan pergerakan tanah yang masih aktif.
Salah seorang penduduk, Mustafa Fuzer Nawi, 52, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya berada di rumah dan terdengar bunyi dentuman kuat kira-kira jam 9.15 malam.
“Saya fikir bunyi guruh, namun terkejut apabila mendapat tahu benteng konkrit itu runtuh.
“Sebelum ini jiran-jiran ada memaklumkan air yang mengalir di salur benteng itu keruh, sedangkan kebiasaannya jernih,” katanya. Seorang lagi penduduk, Siti Mahfudzah Ashahril, 34, berkata, semalam (kelmarin) dia pulang ke rumah pada waktu tengah hari dan melihat beberapa orang di kawasan benteng itu.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka benteng itu akan runtuh sehinggalah dia terdengar bunyi siren kenderaan bomba dan pihak polis. “Sekarang ini kita bimbang kerana musim cuti sekolah akan berakhir dan kawasan yang runtuh dekat juga dengan sekolah,” katanya.
~ sumber
~ Banglow 2 Ahli Parlimen Akan Dirobohkan
~ Ke tapak Kejadian
~ Banglow Mewah Terperangkap
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..