Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, July 02, 2012

~Posting BEST~ MELANCONG~Tips melancong



Pada 2013, my Honey bercadang nak ke EUROPE melancong selama 14 Hari..so boleh laa kita berkongsi tips-tips skit...

Jadi, ada baiknya aku kongsi beberapa tips:

Penginapan:
Tempah penginapan dan segala tiket secara online sebab boleh dapat murah. Hotel yang aku
menginap:
  • YHA London St Pancras: http://www.hostelworld.com
  • Hotel Canal Saint-Martin, Paris (beli pakej Eurostar untuk tiket keretapi pergi dan balik,
    hotel (3hari) dan bas hop on hop off 2 hari.)
  • Travelodge Hotel: Tempah hotel secara online di http://www.travelodge.co.uk.
    Tapi, bayar masa nak check in nanti

Makanan
  • Beli kat Malaysia roti, 3 tin jem sandwich dan energy bar macam Snickers. Aku beli Snickers
    8 bar kat Carrefour rm17
  • Kedai kebab halal banyak kat London. Kat hotel Travelodge, Old Street ada 2 kedai orang
    Turkey. Makan kat London pada aku, tak susah nak cari yang halal. Jangan risau sangat part ni

Kenderaan
  • Easy Bus adalah yang termurah setakat ni kalau daripada lapangan terbang utama nak ke London.
    Aku cadangkan beli online di http://www.easybus.co.uk untuk dapatkan tiket sehala ₤2.
  • Big Bus Tours adalah perkara wajib. Seronok tau naik bas takde bumbung ni Nak dapat diskaun?
    Beli tiket secara online kat http://www.bigbustours.com
  • Kalau nak jalan dalam London, naik underground pakai travel pass. Ambik Zon 1 dan 2 dah cukup. Nak
    jalan kaki pun boleh. Tak rasa penat pun sebab sejuk

Perkara-perkara Lain
  • Lagi sebulan dua nak pegi, banyakkan tinjau kat Google Map. Biasakan keadaan sekeliling di
    kawasan mana yang nak pergi. Terutamanya kawasan hotel. Kebanyakan kes aku, aku dapat kenalpasti
    kedudukan hotel aku adalah kerana bangunan-bangunan yang ada sekitar kawasan hotel aku dah tengok
    dalam Google Map
  • 90% duit dan pasport letak dalam porch. Porch tu pulak lilit kat badan (dalam tshirt). Dalam
    beg duit aku biasa letak paling banyak 60 pound. Selebihnya aku simpan dalam porch dan terlindung
    dari pandangan orang ramai
  • Kalau nak jimat bil telefon dan terlupa nak aktifkan servis roaming (macam aku), aku langgan
    servis Skype http://www.skype.com. Pakai skype lagi jimat banyak. Sapa pakai iPhone
    lagi best, pakai aplikasi skype, pas tu cakap mcm telefon biasa. Cumanya, kena ada talian internet
  • kat London internet payah sikit nak dapat yang free punya. Kat hotel paris yg aku menginap bagi
    internet free. laju pulak tu. nak call pakai skype pun senang. Travelodge ada bagi wifi free. tapi
    kena turun kat lobi utk dapatkan wifi. Dalam bilik hotel punya wifi kena bayar 5 pound 1 jam
  • Bawa plug universal. Kat London punya plug sama macam kita kat sini. Kat Paris pulak plug dia lain

Laman-laman Web yang Berguna
Ini cara aku masa pegi sana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah

Untuk gambaran yang lebih jelas, boleh baca kat blog aku:
http://www.brekkejap.com/p/cerita-da...don-paris.html

~sumber~

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...