Legoland
Pelbagai persembahan diadakan termasuk tarian daripada
kakitangan legoland pada majlis perasmian
pembukaan taman tema Legoland Malaysia, hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Pertama di Asia, Legoland Malaysia 
menerima sambutan hangat daripada para pengunjung
 di hari pertama pembukaannya kepada orang ramai 
hari ini dengan mencatatkan kedatangan kira-kira
 4,000 pengunjung setakat pukul 12.00 tengah hari.
  
Seawal jam 9 pagi, pengunjung mula bersesak 
di pintu masuk utama taman tema itu dan 
dijangkakan 10,000 pengunjung akan memenuhi taman ini hari ini.
  
Sementara menunggu pintu utama dibuka, 
para pengunjung disajikan dengan pertunjukan
 yang hebat oleh pancaragam Legoland,
 Billund Marching Band, yang diterbangkan khas
 dari Denmark, disamping persembahan
 tarian oleh krew Legoland Malaysia.
  
Rata-rata pengunjung merasa teruja dengan pembukaan 
taman tema Legoland ini kepada orang ramai, dan 
ada antara mereka yang bercadang untuk datang ke sini lagi.
  
Antara yang berkumpul di pintu masuk utama
 Legoland ialah Norhaiza, 32, yang datang bersama
 suami dan anak beliau dari Shah Alam bagi merasai 
sendiri suasana pembukaannya.
  
"Kami sekeluarga berasa sangat teruja untuk datang ke sini
 (Legoland Malaysia) yang merupakan yang pertama di Asia," katanya kepada Bernama.