Ampang: Hanya kerana sekeping roti canai, seorang lelaki bukan saja dimaki-hamun malah turut dicekik dan dibelasah rakan serumahnya di Bandar Baru Ampang akibat dia enggan berkongsi makanan itu, Selasa lalu.
Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 35 tahun baru pulang dari tempat kerjanya dengan membawa sekeping roti canai sebelum terus masuk ke dalam bilik tidur dan mengunci pintu.
Menurut sumber, ketika ingin menjamah roti canai berkenaan, tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan sebaik pintu dibuka rakan serumahnya meminta berkongsi makanan itu.
“Mangsa memberitahu hanya membeli sekeping roti saja dan cukup untuk dirinya seorang, namun rakannya itu tetap meminta mangsa memberikan sedikit roti canai berkenaan.
“Rakannya itu tetap berkeras mahukan roti berkenaan sebelum memaki-hamun mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit,” katanya.
Sumber berkata, malah rakannya itu bertindak lebih ganas apabila menyerang dan menumbuk muka mangsa beberapa kali.
“Tidak cukup dengan itu, mangsa dibelasah dan dicekik sehingga sesak nafas menyebabkan dia melawan.
“Bimbang kejadian lebih teruk berlaku, mangsa berlari masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu sebelum menghubungi polis meminta bantuan,” katanya.
Menurutnya,polis yang tiba di tempat kejadian menyelamatkan mangsa dan menasihatkannya membuat laporan polis.
Bimbang kejadian berulang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang.
~sumber~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..