Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, February 07, 2014

[GAMBAR] PUTERI SARAH TUNANG SYAMSUL YUSOF


Kuala Lumpur: “Mungkin dia sibuk dan masih belum bersedia untuk bercakap (apa-apa),” ulas Datin Patimah Ismail, ibu kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof mengenai pendekatan anaknya yang mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pengumuman tarikh nikahnya pada 8 Mac depan.
Patimah yang dihubungi berkata, media yang sudah lama mencari Syamsul, 30, sejak lima bulan lalu adalah dialu-alukan menghadiri majlis pernikahannya dengan aktres, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, pada tarikh berkenaan jam 10 pagi di Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara dekat sini.

“Insya-Allah, nanti di majlis semua boleh jumpa dan bertanyalah apa-apa pun pada dia. Buat masa ini, dia berdiam diri mungkin disebabkan dia bimbang jika orang bertanya benda yang bukan-bukan tapi kalau mengenai majlisnya, saya rasa dia tak keberatan bercerita.

“Sebab itu saya sekeluarga jemput dan alu-alukan semua rakan-rakan media datang pada majlis nikah Syamsul nanti,” katanya.
Foto
PUTERI Sarah bertunang pada 12 Januari lalu.

Menerusi laporan Harian Metro pada 14 Januari lalu, ibu bapa pengarah itu mengesahkan pasangan terbabit mengikat pertunangan pada 12 Januari dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarga Puteri Sarah.

Dalam kenyataannya, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam berkata, Syamsul menyuarakan hasrat untuk berkahwin secara mengejut kepada ibunya selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada 28 Disember tahun lalu.

Difahamkan, Syamsul dan Puteri Sarah mula berkenalan sejak mereka terbabit dalam penggambaran drama bersiri KL Drift tahun lalu.

Patimah berkata, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan ‘Islamic Arabian Night’.


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...