JURUTEKNIK dari Kedah, Mohd Suhaimi Abdullah, 53, menjadi jutawan
segera hari ini selepas menerima hadiah wang tunai RM1 juta menerusi
Kempen Al-Awfar ' Dream of A Liftime' daripada Bank Islam Malaysia
Berhad pada majlis penyampaian di Sri Pentas, Damansara, pagi ini.
PETALING JAYA 6 Feb. - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari
ini mengumumkan pemenang cabutan bertuah bagi Al-Awfar 'Dream of a
Lifetime' yang diadakan bulan lepas.
Pemenang hadiah utama Suhaimi Abdullah menerima RM1 juta, manakala bagi cabutan kempen bulanan yang ke-44, Salomah Md. Yusof membawa pulang RM100,000.
Pada Mei tahun ini, sebanyak 241 pelanggan lagi akan menerima hadiah tunai tambahan berjumlah RM3.91 juta.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, bank itu menyasar aset pembiayaannya meningkat 20 peratus tahun ini, dipacu oleh segmen peruncitan bank.
Beliau berkata pertumbuhan dalam segmen peruncitan adalah daripada pembiayaan individu, gadai janji dan pembiayaan perumahan.
"Selain daripada segmen peruncitan, pendapatan berasaskan yuran daripada produk kad debit dan bayaran transaksi juga amat menggalakkan," kata beliau kepada wartawan selepas mengumumkan pemenang bagi kempen Bank Islam Al-awfar 'Dream of a Lifetime' hari ini. - BERNAMA.
PENGARAH Pembangunan Perniagaan Bank Islam, Khairul Kamarudin (kanan) bergambar bersama Mohd. Suhaimi Abdullah, 53, (dua dari kiri) sambil menunjukkan replika cek RM1 juta bersama Salomah Md. Yusof, 51, (dua dari kanan) menunjukkan replika cek berjumlah RM100,000 selepas menjadi pemenang cabutan kempen Al- Awfar di majlis Penyampaian Jutawan Al -Awfar' Dream Of Lifetime ' di Bandar Utama, Damansara, Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/Kamal Basir

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..