Tarikh pembayaran BR1M 3.0 Bantuan
Rakyat 1Malaysia 2014. Menerusi makluman rasmi kerajaan, duit BRIM akan
diagihkan mulai 22 Februari 2014. Pemberian bantuan BR1M 2014 tersebut
akan diagihkan secara berperingkat ke akaun pengguna. Terdahulu,
permohonan BR1M secara online telah dibuka pada 23 Disember 2013 dan
telah ditutup pada 31 Januari 2014. BR1M 3.0 buat pertama kalinya
dibayar secara terus ke akaun bank penerima.
Tarikh Pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Mulai 22 Februari 2014 secara berperingkat.
Kenyataan Media Pembayaran BR1M 3.0
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dilancarkan pada 22
Februari 2014. Manakala pengagihan di peringkat Parlimen pula akan
dilaksanakan pada 23 Februari 2014- kata Datuk Seri Najib Razak.
Semakan Status Permohonan BR1M 3.0 Online 2014
Talian Hotline BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT.
Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014
Pembayaran BR1M 2014 akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pemohon yang layak menerima BR1M.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..